Belakangkan masalah, hidupkan kehidupan yang bahagia . Bila aku masih rasa tersentak dengan masalah lama. Aku masih berani kerana aku tahu mencuba untuk adalah baik daripada takot untuk selama-lamanya, Umur bukan muda sangat untuk aku dan lambat buat keputusan. Teringatkan dia bukan perkara yang pelik dalam hidup sehari hari, dia pernah datang bawa bahagia, dia pernah datang membawa luka, menjadikan aku dewasa. Salah aku atau dia untuk perpisahan ini. kebahgiaan yang sementara Allah bagi kami pinjam buat aku sangat tabah walaupun hati runtuh untuk sekian kalinya. Berfikir kini, aku memang bukan wanita, gadis, perempuan pilihannya . Aku memang bukan jenis yang mudah untuk dibawa keluar berjalan mahupon siang inikan malam hari pula. Bukan mudah untuk dibawa pergi bersantai di pantai untuk menginap beberapa malam, yea itu yang aku kurang. Diam kan hati, ada yang datang menambat.. Biar ia kekal, biar ia sederhana kerana aku masih mahu kumpulkan keserasian antara kami. Doakan semuanya indah ..