Hidup makin mencabar, semakin
banyak yang harus difikir, aku rindukan zaman muda bukan bermaksud aku sudah
tua, aku rindukan suasana zaman kebocahan. Penuh tawa, penuh gurau senda, penuh
dengan permainan,mahu apa minta emak abah, kita nak patung tu, kita nak mainan
nie,, semua keinginan kita tak perlu pikir, hanya tahu mintak sahaja, indahnya
zaman kebocahan dulu kan? ? Sapa tak rindu , sapa tak rindu dia bodoh! Umur dah
cecah 21 tahun, umur yang dh boleh naik pelamin kata orang, umur yang rasanya
dah boleh ada anak.Duit Belum cukup jangan berangan dulu lah kan. (cakap dengan
diri sendiri). Biar dewasa ini buat aku berani, biar dewasa ini aku tabah
dengan sagala ujian, Biar aku tanggung, biar aku pikul selagi tak menyusahkan.