Tuesday, November 5, 2013
Ikhlaskah ???
Letak tanda soalan tiga ?? Masih teringat-ingat bilamana aku tgok rancangan HADIAH DARI SYURGA di TV9 tadi malam.. Yea satu ayat yang dilontarkan oleh Fahrin Ahmad aka pelakon dalam cerita tu lah kan. Terfikir, imbas balik ayat itu. "BUKANLAH IKHLAS KALAU MASIH SAKIT" adakah aku dh ikhlaskan marah aku, sakit aku tu,, betul atau tidak aku dah menerima sedangkan hati masih sakit. aku masih perlukan masa kah ? apa lagi cara aku perlu untuk buat hati aku ikhlas dan bayangkan semua ini cuma mimpi.. Nasihat dari seorang teman nie,, sahida jadikan Al-quran sebagai sahabat anda ! Terima Kasih kawan atas nasihat yang sungguh menenagkan ini. Ikhlas aku katakan aku sayang kau kerana segala nasihat dan dorongan kau selalu dengan ayat ketenangan.. Biarlah masa yang memakan semua kenangan ini, kenangan yang perlu aku ikhlaskan supaya tiada lagi hati yang terus rasa sakit sedangkan yang satu lagi hirau pon tidak, ingat pon tidak. Dia sesaat mudah melupa, apa kau tunggu lagi untuk buat perkara sama. Perlu kosongkan hati yang sakit supaya dapat masukkan dengan data bahagia baru. Itu yang aku tunggu.. Usaha itu Perlu.. Lebih baik mencegah dari merawat.Insyallh,, Allah Sentiasa Membantu..