Sunday, November 24, 2013

Rasa Bahagia

Hari-hari berlalu penuh makna, aku tidak mahu terlalu riak melayari hari yang penuh senyum lebar ini dengan terlalu bermegah-megah,, Syukur aku katakan yang aku semakin melupakan yang sedih sebab aku kejarkan bahagia sahaja sekarang ini. yang sudah sudahlah tapi ia tetap akan jadi tugu peringatan dalam hidup aku yang secebis ini. Sepantas hati aku buka luas untuk diisi, sudah setahun buat apa aku nak tanggung sedih sorang-sorang lagi sedangkan ada yang datang mahu bahagiakan.

Bijak aku atur perasaan, aku mahu bijak ini untuk selamanya.. Biar ia panjang, tiada kata putus supaya tak perlu sedih , menangis lagi seperti yang sejarah.