Sunday, December 15, 2013

Perkara Biasa

Ini semua perkara biasa bagi kita yang bergelar manusia, sekuat mana kita tahan, sekuat mana kita cuba tapi jika memang bukan milik kita maka bukanlah.Perancangan Allah memang kita tak jangka dan ketahui. Mungkin dia jauhkan seseorang itu bukan nak buat kita sedih, mungkin nak bukak mata kita yang benda tu memang bukan perkara baik.

Ada terbaca sesuatu kisah nie yang :-

Dalam sebuah keluarga nie, sedang emak masak didapur, anak kecilnya sibuk main didapur, nampak pisau  dan mahu diambilnya,, dan kita tahu pisau tu tajam bahaya buat kanak-kanak. tapi pada pandangan anak kecil pisau tu seperti permainan yang seronok di buat main,, Okay nampak tak yang sebenarnya apa yang nampak di mata kanak-kanak kecil best tidak bagi orang dewasa..

Begitulah apa yang kita hajati tidak semua di makbulkan olehNya.. Kerana tidak semua benda sesuai dan boleh untuk setiap manusia. Bila kita rasa benda tu baik untuk kita tidak olehNya, maka tidak lah..

Degil mana kita nak kan sesuatu tapi jika memang bukan hak kita maka tidaklah..