Tersilap apa lagi aku dah buat,
salah mana aku susun bicara ? Silap mana lagi aku berikan perhatian, dikira
waktu belakang belakang mana aku di masa sedih duka kau ? adakah aku memang
tidak pernah wujud? Menikam sangat kata-kata, selama mana lagi aku sanggup
telan ? aku takut bila aku nak termuntah ramai yang akan tercedera nanti,
Nasihat dia aku untuk istigfar, memaafkan & ikhlaskan tapi air mata tetap
terjurai laju seperti lama sangat pendam sampai aku kesat kesat jadi basah selimut
aku yang tebal. Sungguh hati ini merasa terkesan, mampu diam kerana banyak lagi
hati yang aku kena jaga, atau aku pilih hati aku puas supaya rasa ini aku tak
payah simpan lama-lama sebab suatu hari pasti akan berdarah sampai aku harus
lupakan apa yang baik tentang kau. Lidah yang lembut umpama lembing yang tajam
! Kemana kita bicara ? jika kau rasa dewasa , ubah semua kerana hati aku rasa
kecik bila sekali lagi dan sekali lagi harus merasa sakit. Allahuakhbar. Maafkan
aku Ya Allah........................................................