Sunday, December 15, 2013

Perkara Biasa

Ini semua perkara biasa bagi kita yang bergelar manusia, sekuat mana kita tahan, sekuat mana kita cuba tapi jika memang bukan milik kita maka bukanlah.Perancangan Allah memang kita tak jangka dan ketahui. Mungkin dia jauhkan seseorang itu bukan nak buat kita sedih, mungkin nak bukak mata kita yang benda tu memang bukan perkara baik.

Ada terbaca sesuatu kisah nie yang :-

Dalam sebuah keluarga nie, sedang emak masak didapur, anak kecilnya sibuk main didapur, nampak pisau  dan mahu diambilnya,, dan kita tahu pisau tu tajam bahaya buat kanak-kanak. tapi pada pandangan anak kecil pisau tu seperti permainan yang seronok di buat main,, Okay nampak tak yang sebenarnya apa yang nampak di mata kanak-kanak kecil best tidak bagi orang dewasa..

Begitulah apa yang kita hajati tidak semua di makbulkan olehNya.. Kerana tidak semua benda sesuai dan boleh untuk setiap manusia. Bila kita rasa benda tu baik untuk kita tidak olehNya, maka tidak lah..

Degil mana kita nak kan sesuatu tapi jika memang bukan hak kita maka tidaklah..

Tuesday, December 10, 2013

Terasa,



Benda yang aku selalu rasa adalah terasa . Yea terasa itu perkara yang paling mudah buat kita BENCI orang .. Betol ke ? Mengundang sungguh Perasaan TERASA nie ? serius serius mengundang habis. Bayangkan lah duduk sebelah sebelah nie, boleh bisik-bisik yang kau nie duduk alah bukanlah jauh mana pon kenapa nak kena bisik-bisik ? mesti nak mengumpat kau ? Tak kan lah tak terasa kan ? aigoo ! Fikirlah Kakak-kakak sekalian. Dah jam tu jugak kau nk berbisik ? tu sebelah sebelah orang tu kau nk buat cenggitu ? guana kalau dah jauh ? Tahan nafas nk hembus je kan.. Okay sedangkan lah kan dekat atas jalan raya nie kereta banyak, moto banyak plus lori lagi.. mmg banyak lah.. dan bila ada satu kenderaan bunyikan HON pastinya ramai yang Terasa dan aka perasan yang dia yang kena HON dan ada buat salah.. Then kalau orang duk cakap pasal kita nie mungkin tak yang kita nie ada buat salah atau mistake yang kita sendiri xperasan or what lah kan. . walaupun orang orang tu tak cakap pasal kita pongg tapi tapi bila tak nk story dengan kita adakah kita tak TERASA ? ini ruang Terasa sebab tu banyak ayat terasa.. Kepada Mokcik Mokcik yang duk cakap belakang tu berhentikan boleh ? Cakap jelah kuat-kuat biar orang yang duk rasa salah tu tahu. Dari senyap duk bisik-bisik lagi panas hati meh..
Aku Punyai Jiwa Remaja yang TERASA !

Wednesday, December 4, 2013

SENJATA !

Senjatanya kini semakin tumpul? Yea semakin tidak di asah bgaikan tiada tempat pengasah yg bentuk kotak panjang yg warna kelabu hitam tu.. Bukan mengharap org asahkan supaya nampak kilat mcm dlu.. Bukan bukan..sbb aku nak kau buat sendiri .. Mana usaha kau yg dlu dlu kuat yg terlihat kau j paling kuat? Sudah puas berlagak ? Angkat tangan sebelah saja dah terlihat kau xmampu angkat parang yg memangnya xkilat,berkarat diletakkan di tepi hati.. Kasihan diri !

Sunday, November 24, 2013

Rasa Bahagia

Hari-hari berlalu penuh makna, aku tidak mahu terlalu riak melayari hari yang penuh senyum lebar ini dengan terlalu bermegah-megah,, Syukur aku katakan yang aku semakin melupakan yang sedih sebab aku kejarkan bahagia sahaja sekarang ini. yang sudah sudahlah tapi ia tetap akan jadi tugu peringatan dalam hidup aku yang secebis ini. Sepantas hati aku buka luas untuk diisi, sudah setahun buat apa aku nak tanggung sedih sorang-sorang lagi sedangkan ada yang datang mahu bahagiakan.

Bijak aku atur perasaan, aku mahu bijak ini untuk selamanya.. Biar ia panjang, tiada kata putus supaya tak perlu sedih , menangis lagi seperti yang sejarah. 


Monday, November 18, 2013

Tentang Rasa !

Tadahkan tangan dihadapan kiblat menandakan yang aku sudah panjatkan doa.. Pastinya aku doakan yang baik-baik sahaja.. yang kedepan mahupun kebelakang aku inginkan bahagia.. ye bahagia yang sama rata dengan yang lain.. Aku mahukan yang indah-indah belaka buat aku, keluarga mahupun sahabat andai.. aku tidak mahu yang lain rasa derita, rasa sakit yang xmampu bangun menhadapi dugaan yang kedepan..

Sesekali aku terfikir aku punya masalah lah paling susah, aku punya dugaan lah yang paling kuat..Aku masih berkira-kira masalah apa lagi aku perlu selesaikan untuk aku tidak lagi menanggung masalah... Tidak pernah habis mana yang kecil lagikan yang besar,, susah nak tamat, mati pon belum tentu habis cerita aku...

Monday, November 11, 2013

Badan nak pakai lama (Asniza 2013)

Tajuk apa pulak kau letak hari nie sahida... Bunyinya Kelishe sangat..

Tapi ini kisah benar, sebenarnya terasa nak bercerita yang betulnya tajuk di atas tu. aku quote dari kakak peguam kt opis aku masa kami tgah borak-borak..

BADAN NAK PAKAI LAMA ??

Sini-sini sahida bisik jap kt telinga masing-masing yea.,,

Macam ini lah,, anyway kami bercerita pasal pengambilan makanan seimbang dan terutamanya cerita nie akak-akak kat opis yang lepas pregnant tu yang kongsi,,, dan dan mereka lepas pregnant badan mmg cantik mcm anak dara aku tgok... jellous boleh,, Bila masa pantang memang jaga betul.. itu yang dapat badan seperti asal tu,, okay nanti masa lepas pregnant aku amalkan yea ... HUHU.

Okay hbes pasal tu..
Sahida terasa sangat nak tulis pasal benda ni..pasal Anggota Tubuh Badan Kita ..
Cuba duduk renungkan,,

1. Allah bagi kita Rambut - Kalau tak ada rambut mesti tak cantik bukan.. ? Allah maha Bijaksana.. betapa indah ciptaanNya...

2. Allah bagi kita Mata - Sedangkan kalau Rabun je dah sukarkan kita untuk melihat.. bayangkan kalau mata kita tinggal satu ? Kalau dua-dua tak ada ? Pakai tongkat lah jawabnya.

3.Allah bagi kita Hidung- Kalau lah kita tak dapat nak bau sesuatu tu mesti sangat xbest kan ?

4.Allah bagi kita Mulut- Bayangkan ni kalau mulut sakit j susah nak makan, tak payah mulut lah, bibir sakit je dan buat kita rasa terseksa kan..

5.Allah bagi Telinga- Mesti sangat tak seronok bila nak kena dengar pakai alatan bantuan kan ? Betapa pentingnya telinga dalam sehari harian..

6. Allah bagi Tangan- Kita dapat guna buat makan, buat kerja dan terutamanya untuk memudahkan kita mengambil wudhuk. Really Awesome ! itu jari jemari tu pon betapa memudahkan kita..

7.Allah bagi Kaki- bukanlah tanpa kaki kita tak dapat bergerak, tapi tapi memudahkan perjalanan kita tanpa menyusahkan orang kan. sungguh indah ciptaan Allah. Tanpa sepasang kaki mesti sukar bagi kita nie manusia untuk jalankan kehidupan sehari-hari,. MasyAllah..

Sebenarnya nak cakap ini yang semua yang ada dekat anggota tubuh badan melengkapkan satu sama lain. 

Sesungguhnya tiada yang lebih indah dari ciptaan Allah SWT.
Syukuri, Jaga dengan Baik.. InsyAllah !
All is Well ....................................





Sunday, November 10, 2013

Bilamana teguran tak kena pada tempatnya ......



Hola kepada pemilik badan yang cantik cun melecun di luar sana. Peewit !

Ini hari saya sebagai pemilik badan yang comel lote aka GEMIK ingin berkongsi perasaan saat orang sekeliling asyik cakap kau nie gemuk lah, ehh asal kau dh gemuk,, wei sekarang kau dah makin gemuk. Nampaknya badan makin gemuk.. Ceitt.. The selfish ayat dari mereka diluar sana yang kononya yang cakap xsengaja .. Choi sangat !

Mari-mari cik adik, makcik, pakcik, kakak, abang, kakak cun meh sini saya cerita ...
Bayangkan kalau anda berada ditempat orang yang mempunyai size yang dia sendiri tidak ingini.. Ehh, sahida gemuk ae kau sekarang ? apa aku nk respon ? ,, sahida makin gemuk ae sekarang ? apa aku nk jawab ? sahida kenapa makin gemuk nie ? Nie lagi aku xmampu nk jawab.. 

Orang pernah cakap yang mungkin lah kan dia mmg xsengaja n xsedar apa dia cuba sampaikan dan kononya yang cakap nk bagi kita CABARAN ?? itu kritikan yang sangat tidak membina,, bayangkan lah kalau dah ramai sgt yang cakap. Buat org tu tak ada condifent kan ??? Okay maaf CONFIDENT ! and for sure buat seseorang tu STRESSSSSS .. Aku cakap sebab aku alami, tapi aku mmg mudah sgt tercabar dan rasa mcm nak bagi penyempak jee, bagi penyempak jee.... 

Anyway bagi mokcik-mokcik yang banyak mulut tu ingat nk kurus balik tu senang k ? HERBALIFE ? bukan aku xpercaya tapinya aku nie xberapa nk mampu melanggan setiap bulan. Dalam poket tu bukanlah berkepok-kepok yea.. Then then bukan xd usaha langsung.ada jugak beli itu ini.. tapi itu semua perlukan kesabaran, aku j okay dengan ketembaman aku,, yang korang-korang nie sibuk sangat nk aku kurus tu kenapa ? nak jadikan menantu kah ?? kakak angkat, adik ipar ? Kbye

Ingatlah wahai manusia yang setiap manusia diciptakan mempunyai HATI & PERASAAN yang mana perlu dijaga dan dijaga. Balik pada diri kita semua tu.. 

Biar tangga yang aku pijak xgelap supaya aku terus boleh nampak ke tingkat atas yang pastinya aku dapat capai impian nyata .. Insyallah.

RETAK !

Ali : Cuba kau jatuhkan pinggan yang kau pegang tu .
Abu : Ouh okay .
Ali : Pecah kan ?
Abu : Ha'ah pecah .
Ali : Cuba kau minta maaf dgn pinggan tu .
Abu : Sorry .
Ali : Dia bercantum semula tak ?
Abu : Mesti lah tak .
Ali : Macam tu lah hati manusia . Sekali pecah , tak mungkin ia akan kembali ke bentuk asal . Jadi jangan lah kita memainkan hati dan perasaan seseorang tu sesuka hati . Walaupun dah minta maaf , tak mungkin ia akan kembali ke bentuk asal

Wednesday, November 6, 2013

MARAH !



Malam tadi, semua jadi tegang. semua jadi tidak seperti biasa. semua lain, kau emosi aku juga emosi. aku tulis berjela. kamu hanya balas mahu tak mahu, aku tidak kau pujuk. kau lepas tangan, kau cuma lontarkan kata maaf saja.. hanya itu yang kau pandai kau kata.. kau tak tahu pujuk.. baiklah kalau begitu.. biar rajuk marah aku , aku tanggung.. buat cara kau, layan masalah sendiri sebab aku belum cukup untuk kau kongsi masalah. Sekian Terima Kasih........................................................................




Siapa Awak

Tekan-tekan handphone yang xberapa nak canggih tu. tutup, tekan balik, letak tepi amik semula.. sunyi rasanya.. Malam ini awak senyap, tak ada kata gurauan senda awak.. Rindukah aku ?? aku masih tunggu,.. cuba hantarkan sms seperti biasa.. Cari-cari di list contact supaya dapat borak.. senyap tidak berangkat... Masih boleh dihubungi sebab kamu tak matikan handphone, tiada voicemail, selamat kredit...aku masih mampu gelak . pertengahan malam masih senyap. cuba tekan ulang banyak kali masih sama tiada tindak balas.. hantar sms lagi dan lagi inginkan kepastian takut- takut kenapa-kenapa.,. aku terlalu banyak risau,. cara aku mmg macam nie... mungkin tiada masanya untuk aku malam ini.. Malam dah lanjut tua setua warna di langit . aku tidur tenangkan mata yang tak mahu pejam tika ditengah malam larut. Esok mungkin dengar khabarnya,. positifkan diri ! 

Tuesday, November 5, 2013

Ikhlaskah ???

Letak tanda soalan tiga ?? Masih teringat-ingat bilamana aku tgok rancangan HADIAH DARI SYURGA di TV9 tadi malam.. Yea satu ayat yang dilontarkan oleh Fahrin Ahmad aka pelakon dalam cerita tu lah kan. Terfikir, imbas balik ayat itu. "BUKANLAH IKHLAS KALAU MASIH SAKIT" adakah aku dh ikhlaskan marah aku, sakit aku tu,, betul atau tidak aku dah menerima sedangkan hati masih sakit. aku masih perlukan masa kah ? apa lagi cara aku perlu untuk buat hati aku ikhlas dan bayangkan semua ini cuma mimpi.. Nasihat dari seorang teman nie,, sahida jadikan Al-quran sebagai sahabat anda ! Terima Kasih kawan atas nasihat yang sungguh menenagkan ini. Ikhlas aku katakan  aku sayang kau kerana segala nasihat dan dorongan kau selalu dengan ayat ketenangan.. Biarlah masa yang memakan semua kenangan ini, kenangan yang perlu aku ikhlaskan supaya tiada lagi hati yang terus rasa sakit sedangkan yang satu lagi hirau pon tidak, ingat pon tidak. Dia sesaat mudah melupa, apa kau tunggu lagi untuk buat perkara sama. Perlu kosongkan hati yang sakit supaya dapat masukkan dengan data bahagia baru. Itu yang aku tunggu.. Usaha itu Perlu.. Lebih baik mencegah dari merawat.Insyallh,, Allah Sentiasa Membantu..

Wednesday, October 30, 2013

Itu kenangan lama

Yea itu kenangan lama,
Tapi hati sedikit tipu untuk kononya melupa, hati nie tipu diri sikit supaya lupa dia, tapi aku masih mencuri seminit dua tahu pasal dia, dia bukan apa-apa dah, dia kenangan lama yang sepatutnya aku campak kan masuk DUSTBIN !
Sedar diri aku masih belum berapa bijak sembunyi rasa rindu, aku masih belum pintar untuk membenci dia sedalam hati. Aku hanya bijak menyorok rasa yang aku kononya benci dia, menyampah dengannya. Aku cuma pandai berkata-kata setinggi KLCC yang tinggi melampai tu yang aku sedang dan telah lupa dia yang dah buat hati aku luka terluka tertusuk sembilu *ayat patah hati ... 
Bantu diri tenangkan hati, jauh mana lagi aku perlu lari dari ini semua,. jauh mana ? LONDON? KOREA? INDON ? aku percaya aku mampu walaupun sedikit dikit pastinya lama-lama jadi bukit kekuatan tu.

Thursday, October 24, 2013

Dulu Sekarang Memang Lain

Hidup makin mencabar, semakin banyak yang harus difikir, aku rindukan zaman muda bukan bermaksud aku sudah tua, aku rindukan suasana zaman kebocahan. Penuh tawa, penuh gurau senda, penuh dengan permainan,mahu apa minta emak abah, kita nak patung tu, kita nak mainan nie,, semua keinginan kita tak perlu pikir, hanya tahu mintak sahaja, indahnya zaman kebocahan dulu kan? ? Sapa tak rindu , sapa tak rindu dia bodoh! Umur dah cecah 21 tahun, umur yang dh boleh naik pelamin kata orang, umur yang rasanya dah boleh ada anak.Duit Belum cukup jangan berangan dulu lah kan. (cakap dengan diri sendiri). Biar dewasa ini buat aku berani, biar dewasa ini aku tabah dengan sagala ujian, Biar aku tanggung, biar aku pikul selagi tak menyusahkan.

Wednesday, October 23, 2013

Biar aku Jadi Diri Aku

Belakangkan masalah, hidupkan kehidupan yang bahagia . Bila aku masih rasa tersentak dengan masalah lama. Aku masih berani kerana aku tahu mencuba untuk adalah baik daripada takot untuk selama-lamanya, Umur bukan muda sangat untuk aku dan lambat buat keputusan. Teringatkan dia bukan perkara yang pelik dalam hidup sehari hari, dia pernah datang bawa bahagia, dia pernah datang membawa luka, menjadikan aku dewasa. Salah aku atau dia untuk perpisahan ini. kebahgiaan yang sementara Allah bagi kami pinjam buat aku sangat tabah walaupun hati runtuh untuk sekian kalinya. Berfikir kini, aku memang bukan wanita, gadis, perempuan pilihannya . Aku memang bukan jenis yang mudah untuk dibawa keluar berjalan mahupon siang inikan malam hari pula. Bukan mudah untuk dibawa pergi bersantai di pantai untuk menginap beberapa malam, yea itu yang aku kurang. Diam kan hati, ada yang datang menambat.. Biar ia kekal, biar ia sederhana kerana aku masih mahu kumpulkan keserasian antara kami. Doakan semuanya indah ..

First Entry


Name: Nursahida Binti Kalis
Nama Ayah: Kalis Bin Yaidi
Nama Ibu: Siti Hawa Binti Abd Fatah
Status: Taken
Anak: Anak ke-2 dari 4 adik beradik
Pengalaman: 2 Kali pengalaman sedih
Motto: Jika kita buat benda yang sama 
kita akan dapat benda yang sama. 
Buatlah perubahan walaupun sikit, 
asalkan ia benda yang baik.