Friday, June 12, 2015

Kerana

Mungkin semalam ajar aku banyak perkara,
Tapi aku manusia biasa yang masih alpa,
Aku masih selalu ingat yang aku dalam liputan dosa,
Masih mencari masa apa aku harus buat seterusnya,
Kini sedar ajal maut hampir tiba,
Sungguh aku manusia durjana,
Cakap serupa tak sama dengan akhlaknya,
Aku mengaku KERANA aku lah hamba yang tidak mahu sedar akan silapnya..

Sudah terlalu banyak jalan nista,
Aku pejam mata berkata-kata,
Sampai masa nyawa akan ditarik bila bila,
Bawa aku kejalan nyata yang bahagia.

Thursday, June 11, 2015

Sangat

Thanks to Allah.. Give me such a person that give me love, give me smile,give me cry.. In shaa Allah..

Sangat, cuma sangat rindu...
Cuma ulang ulang baca conversation lama dah rindu sangat.
Cuma ulang baca chat lama dah rasa rindu sangat.

Memang sangat.
Sangat apa.
Sangat RINDU ! 😘😘😞😭😭

Tuesday, June 9, 2015

Jauh

Tak mudah. Tak seronok kena jauh, tak berhubung.
Mana letaknya tabah aku sebagai perempuan.
Ah. RINDU!
Kau tahu, sesekali aku terjatuhkan air mata.
Pastu sedar-sedar aku perasan rupanya aku menangis.
Okay, minggu pertama tu aku mengaku mengada sebab rindu sangat.
Tapi betol sumpah memang aku rindu kau.
Hoi, dua bulan je.. Acah-acah macam lama sangat.
Raya kan jumpa.
Mana pernah rasa jauh lepas tu tak contact, tak wassap, tak call.
MANA PERNAH!
Okay tabahlah wahai hati.
InshaAllah semua baik baik.
Doakan semua dipermudahkan.
Dah besarkan.
Lagipon kau tahu dia pon akan rindukan kau.
Itu harapan. Mungkin lebih rindukan COC kot...
Kini sayang tu rasa makin kuat,
Makin kuat takut kehilangan.
Makin takut kalau dilupa.
Makin takut untuk lama lama rindu.
Sayang! sungguh sayang.

Perjalanan

Beginilah, yang indah yang manis itu memang di awal.
Kau biarkan masa yang tentukan.
Sebab kau yang pernah jadi penyebab.
Aku memang selalu padankan kau.
Bukan sebab aku kejam.
Tapi roda sememangnya bulan.
Aku memang tak puas kalau tengok kau di atas.
Sebab sesekali kau layak dibawah.
Tapi dalam hati masih ingin kau jatuh.
Tapi aku juga masih inginkan dia bahagia.
Aku juga mahu bahagia.
Jadinya bahagialah kau dengan cara kau.
Kerana sejarah jadikan kita besar dewasa macam sekarang.
Mungkin kita pernah menyesal dengan apa yang kita lalui.
Lebih lebih lagi pada aku.
Tapi bersyukur dengan keadaan sekarang.
Banyak sekeliling yang sangat menyumbang pada senyuman.
Allah, Syukur. Ini lah HIKMAH !

Saturday, July 19, 2014

Pertama kali

Buat pertama tama kalinya aku rasa berniaga di bulan ramadhan.. Bulan yg sgt mencabar untuk berniaga pada aku.. lain bulan boleh kasi minum air.. tak makan pon xper... Ni bler bulan puasa dengan panasnya.. bertambah haus lah kan... *xper nk cari duit raya.

Hati dh rindu kampung tahap gaban dah.. Nak buka kt rumah ��, nak buat kuih raya kt rumah. nk g bazar parit sulung dengan emak abah.. Nak shooping kasut.. Nak terlentang kt rumah puas puas.... Paling xsabar nk hari raya.

Wednesday, July 9, 2014

Degree Sem-3

The moment bila memang tahap memang lama xupdate blog.. Bukan xsempat ke hapa ngadap sem-3 degree after 1 year xstudy kan... Dia sbb malas nk sign in baga... Tapi aku cukup rajin stalk blog bestie aku, blogger femes... Sebab aku mmg suka sgt baca baca ni.. Lagi a real life punya story... Dia punya tahap nk tahu ni sampai bukan setakat blog aku akan korek, ke fb,ig sampai aku google senang... Apa aku nk tahu dapat..  Mostly pasal retiss lah kan..

Back kepada tajuk entry,
Dia macam gigil gigil je idea nk type aku pasal my first year degree ni ..

Gini gini, overall aku dpt lalui degree aku kali ini dengan baik, kawan ? aku xramai buat kawan degree life ni ? sbb aku rasa aku dh ada bestie yg baik masa dip n masa sekolah menengah dulu.. n aku tetap rasa my classmate diploma is best ever... And until now aku lebih selesa nk duduk berborak dgn deme,depa berbnding new classmate, mungkin sbb umur kot... yelah kononya lebih tua setahun kan.. Mostly aku lebih selesa dyorang panggil aku kakak... xkesahlah aku nmpk paling tua ke apa k... Cuma aku dh terbiasa masa segamat dulu dyorng panggil akk.. n apa salahnya right... Ada jugak yg aku suruh call me as SK je... n kalau panggil akk pon kak SK.. why xguna sahida ? ? mcm panjang sgt lah.. lgpon sk merangkumi nama aku n abah... Sahida Kalis.. Sweet what ♥♥♥...

Housmate ?? malas nk banyak cerita. buat buat aku suka sudah lah... Sem depan duduk dengan emah,kecik,ieja,yus,kak ct,yuni... Ada satu lagi kekosongan. xkesahlah nnti sapa yg jadi housemate kami tu.... Harap dia okay jelah... Sbb kami yg lain mmg dah rapat...

Mula dh bosan cerita pasal housemate, tapi aku is excited nk duduk dengan dyorang...

Nie most wanted story aku nk habak... 

Nampak tak gambar yg ada hadiah tu... it was my first performance get the highest mark in every test get highest carry mark for cataloguing... me is excited... My first time , i challenge myself to be the best and i got that penghargaan dari lecturer... sumpah like sebak giler ... Begini rasa seronok rupanya kalau kita dh usaha terbaik n kita dapat terbaik inshaAllah... Ini bukan kerana seronok dapat pujian , tapi seronok tu dalam hati sbb kita dapat banggakan diri sendiri... Memula tu very the risau sebab aku mcm xleh nk perform j cataloguing ni... Alhmdulillah aku dpt buktikan sikit keputusan yg baik walaupun belum keseluruhan...

Syukur Ya Allah... Kau masih memberi aku peluang untuk menerima ilmu duniawi ini... Akhirat jangan lupa yea...

9Hb hbes final exam for this semester... Semester yang mencabar bagi generasi yang 1tahun kononya tinggal zaman belajar n nk belajar balik... Tapi sbnrnya dia semangat tw, sbb once kau pernah keje dengan mereka yg ada jawatan baik, gaji best ... Kau rasa nk berjaya mcm dyorang.. sbb nk family bangga, nk capai cita cita... Mmg kena buat satu keputusan untuk masa depan..

Now nk raya n aku tolong makcik berniaga tudung dekat opis opia n bazar dekat sek 7 depan UiTM Shah Alam.  depan butik fareeda sana...

Carik duit sikit nak bagi adik adik duit raya, anak buah duit raya, bakal adik adik ipar... N for most important nk belanja duit bawak g PD for holiday with my most febret frienda ever... Setahun 1 holiday kami rancang... Ni jelah peluang nk bersama since belum ada yg married kan.. nnti dh ada yg berlaki mmg susah nk bawak kuar ni... Bini orang kata kau...

Last word Alhmdullilah untuk peluang sambung belajar dan rezeki dari Allah ini...

Selamat berpuasa....

Thursday, January 23, 2014

Hati



Sukar nak paham apa yang aku rasakan, apa yang aku lalui..Banyak sangat yang aku fikir pasal kau, sampaikan semua orang aku nampk muka kau? Banyak masa sangat aku dah cuba, aku yakin aku dah relakan perpisahan kita, tapi setiap kali tiba ditempat- tempat tertentu bayang kau xpernah lumpuh, kau mcm menghantui aku dalam diam, sebelum tidur aku selalu niat dalam hati untuk memaafkan segala kesalahan orang terhadap aku, dan berharap kesalahan aku jugak di maafkan. Adakah benar ada salah aku yang masih belum di maafkan lagi ? Aku terus muhasabah mcm mana nak cari peluang untuk mohon maaf. Aku tak ada cara, hanya Allah tempat aku memohon keampunan. Sesungguhnya jika dia memang bukan jodoh aku, jauhkan lah aku dari terus mengingatinya kerana berat untuk memikul rasa ini.. Setahun lebih dah berlalu, aku hanya inginkan ketenangan & bahagia dari Mu Ya Allah....


Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu’aliahi wasallam bersabda: “apabila seorang hamba ditimpa kegelisahan atau kesedihan, lalu ia berdo’a:



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

Allaahumma innii ‘abduka, wabnu ‘abdika, wabnu amatika, naashiyatii biyadika, maadhin fiyya hukmuka, ‘adlun fiyya qodhoo-uka, as-aluka bikullismin huwalaka, sammayta bihi nafsaka, aw anzaltahu fii kitaabika, aw ‘allamtahu ahadan min kholqika, awis ta’ tsar ta bihi fii ‘ilmil ghoibi ‘indaka, an taj’alal qur-aana robbii’a qolbii, wa nuuro shodrii, wa jalaa-a huznii, wa dzahaaba hammii.

Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

niscaya Allah akan menghilangkan kecemasan dan kesedihannya, kemudian Dia akan menggantikan semua itu dengan kegembiraan”. Kemudian para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bolehkan kami mempelajari (menghafal) kalimat-kalimat tersebut?”. Beliau menjawab, “Ya, hendaknya siapa saja yang mendengarnya mempelajarinya” [Riwayat Ahmad1/391, Ibnu Hibban, Abu Ya'la, al-Hakim, dan yang lainnya, dengan sanad yang shahih menurut pendapat Al-Albani]