Sunday, November 24, 2013

Rasa Bahagia

Hari-hari berlalu penuh makna, aku tidak mahu terlalu riak melayari hari yang penuh senyum lebar ini dengan terlalu bermegah-megah,, Syukur aku katakan yang aku semakin melupakan yang sedih sebab aku kejarkan bahagia sahaja sekarang ini. yang sudah sudahlah tapi ia tetap akan jadi tugu peringatan dalam hidup aku yang secebis ini. Sepantas hati aku buka luas untuk diisi, sudah setahun buat apa aku nak tanggung sedih sorang-sorang lagi sedangkan ada yang datang mahu bahagiakan.

Bijak aku atur perasaan, aku mahu bijak ini untuk selamanya.. Biar ia panjang, tiada kata putus supaya tak perlu sedih , menangis lagi seperti yang sejarah. 


Monday, November 18, 2013

Tentang Rasa !

Tadahkan tangan dihadapan kiblat menandakan yang aku sudah panjatkan doa.. Pastinya aku doakan yang baik-baik sahaja.. yang kedepan mahupun kebelakang aku inginkan bahagia.. ye bahagia yang sama rata dengan yang lain.. Aku mahukan yang indah-indah belaka buat aku, keluarga mahupun sahabat andai.. aku tidak mahu yang lain rasa derita, rasa sakit yang xmampu bangun menhadapi dugaan yang kedepan..

Sesekali aku terfikir aku punya masalah lah paling susah, aku punya dugaan lah yang paling kuat..Aku masih berkira-kira masalah apa lagi aku perlu selesaikan untuk aku tidak lagi menanggung masalah... Tidak pernah habis mana yang kecil lagikan yang besar,, susah nak tamat, mati pon belum tentu habis cerita aku...

Monday, November 11, 2013

Badan nak pakai lama (Asniza 2013)

Tajuk apa pulak kau letak hari nie sahida... Bunyinya Kelishe sangat..

Tapi ini kisah benar, sebenarnya terasa nak bercerita yang betulnya tajuk di atas tu. aku quote dari kakak peguam kt opis aku masa kami tgah borak-borak..

BADAN NAK PAKAI LAMA ??

Sini-sini sahida bisik jap kt telinga masing-masing yea.,,

Macam ini lah,, anyway kami bercerita pasal pengambilan makanan seimbang dan terutamanya cerita nie akak-akak kat opis yang lepas pregnant tu yang kongsi,,, dan dan mereka lepas pregnant badan mmg cantik mcm anak dara aku tgok... jellous boleh,, Bila masa pantang memang jaga betul.. itu yang dapat badan seperti asal tu,, okay nanti masa lepas pregnant aku amalkan yea ... HUHU.

Okay hbes pasal tu..
Sahida terasa sangat nak tulis pasal benda ni..pasal Anggota Tubuh Badan Kita ..
Cuba duduk renungkan,,

1. Allah bagi kita Rambut - Kalau tak ada rambut mesti tak cantik bukan.. ? Allah maha Bijaksana.. betapa indah ciptaanNya...

2. Allah bagi kita Mata - Sedangkan kalau Rabun je dah sukarkan kita untuk melihat.. bayangkan kalau mata kita tinggal satu ? Kalau dua-dua tak ada ? Pakai tongkat lah jawabnya.

3.Allah bagi kita Hidung- Kalau lah kita tak dapat nak bau sesuatu tu mesti sangat xbest kan ?

4.Allah bagi kita Mulut- Bayangkan ni kalau mulut sakit j susah nak makan, tak payah mulut lah, bibir sakit je dan buat kita rasa terseksa kan..

5.Allah bagi Telinga- Mesti sangat tak seronok bila nak kena dengar pakai alatan bantuan kan ? Betapa pentingnya telinga dalam sehari harian..

6. Allah bagi Tangan- Kita dapat guna buat makan, buat kerja dan terutamanya untuk memudahkan kita mengambil wudhuk. Really Awesome ! itu jari jemari tu pon betapa memudahkan kita..

7.Allah bagi Kaki- bukanlah tanpa kaki kita tak dapat bergerak, tapi tapi memudahkan perjalanan kita tanpa menyusahkan orang kan. sungguh indah ciptaan Allah. Tanpa sepasang kaki mesti sukar bagi kita nie manusia untuk jalankan kehidupan sehari-hari,. MasyAllah..

Sebenarnya nak cakap ini yang semua yang ada dekat anggota tubuh badan melengkapkan satu sama lain. 

Sesungguhnya tiada yang lebih indah dari ciptaan Allah SWT.
Syukuri, Jaga dengan Baik.. InsyAllah !
All is Well ....................................





Sunday, November 10, 2013

Bilamana teguran tak kena pada tempatnya ......



Hola kepada pemilik badan yang cantik cun melecun di luar sana. Peewit !

Ini hari saya sebagai pemilik badan yang comel lote aka GEMIK ingin berkongsi perasaan saat orang sekeliling asyik cakap kau nie gemuk lah, ehh asal kau dh gemuk,, wei sekarang kau dah makin gemuk. Nampaknya badan makin gemuk.. Ceitt.. The selfish ayat dari mereka diluar sana yang kononya yang cakap xsengaja .. Choi sangat !

Mari-mari cik adik, makcik, pakcik, kakak, abang, kakak cun meh sini saya cerita ...
Bayangkan kalau anda berada ditempat orang yang mempunyai size yang dia sendiri tidak ingini.. Ehh, sahida gemuk ae kau sekarang ? apa aku nk respon ? ,, sahida makin gemuk ae sekarang ? apa aku nk jawab ? sahida kenapa makin gemuk nie ? Nie lagi aku xmampu nk jawab.. 

Orang pernah cakap yang mungkin lah kan dia mmg xsengaja n xsedar apa dia cuba sampaikan dan kononya yang cakap nk bagi kita CABARAN ?? itu kritikan yang sangat tidak membina,, bayangkan lah kalau dah ramai sgt yang cakap. Buat org tu tak ada condifent kan ??? Okay maaf CONFIDENT ! and for sure buat seseorang tu STRESSSSSS .. Aku cakap sebab aku alami, tapi aku mmg mudah sgt tercabar dan rasa mcm nak bagi penyempak jee, bagi penyempak jee.... 

Anyway bagi mokcik-mokcik yang banyak mulut tu ingat nk kurus balik tu senang k ? HERBALIFE ? bukan aku xpercaya tapinya aku nie xberapa nk mampu melanggan setiap bulan. Dalam poket tu bukanlah berkepok-kepok yea.. Then then bukan xd usaha langsung.ada jugak beli itu ini.. tapi itu semua perlukan kesabaran, aku j okay dengan ketembaman aku,, yang korang-korang nie sibuk sangat nk aku kurus tu kenapa ? nak jadikan menantu kah ?? kakak angkat, adik ipar ? Kbye

Ingatlah wahai manusia yang setiap manusia diciptakan mempunyai HATI & PERASAAN yang mana perlu dijaga dan dijaga. Balik pada diri kita semua tu.. 

Biar tangga yang aku pijak xgelap supaya aku terus boleh nampak ke tingkat atas yang pastinya aku dapat capai impian nyata .. Insyallah.

RETAK !

Ali : Cuba kau jatuhkan pinggan yang kau pegang tu .
Abu : Ouh okay .
Ali : Pecah kan ?
Abu : Ha'ah pecah .
Ali : Cuba kau minta maaf dgn pinggan tu .
Abu : Sorry .
Ali : Dia bercantum semula tak ?
Abu : Mesti lah tak .
Ali : Macam tu lah hati manusia . Sekali pecah , tak mungkin ia akan kembali ke bentuk asal . Jadi jangan lah kita memainkan hati dan perasaan seseorang tu sesuka hati . Walaupun dah minta maaf , tak mungkin ia akan kembali ke bentuk asal

Wednesday, November 6, 2013

MARAH !



Malam tadi, semua jadi tegang. semua jadi tidak seperti biasa. semua lain, kau emosi aku juga emosi. aku tulis berjela. kamu hanya balas mahu tak mahu, aku tidak kau pujuk. kau lepas tangan, kau cuma lontarkan kata maaf saja.. hanya itu yang kau pandai kau kata.. kau tak tahu pujuk.. baiklah kalau begitu.. biar rajuk marah aku , aku tanggung.. buat cara kau, layan masalah sendiri sebab aku belum cukup untuk kau kongsi masalah. Sekian Terima Kasih........................................................................




Siapa Awak

Tekan-tekan handphone yang xberapa nak canggih tu. tutup, tekan balik, letak tepi amik semula.. sunyi rasanya.. Malam ini awak senyap, tak ada kata gurauan senda awak.. Rindukah aku ?? aku masih tunggu,.. cuba hantarkan sms seperti biasa.. Cari-cari di list contact supaya dapat borak.. senyap tidak berangkat... Masih boleh dihubungi sebab kamu tak matikan handphone, tiada voicemail, selamat kredit...aku masih mampu gelak . pertengahan malam masih senyap. cuba tekan ulang banyak kali masih sama tiada tindak balas.. hantar sms lagi dan lagi inginkan kepastian takut- takut kenapa-kenapa.,. aku terlalu banyak risau,. cara aku mmg macam nie... mungkin tiada masanya untuk aku malam ini.. Malam dah lanjut tua setua warna di langit . aku tidur tenangkan mata yang tak mahu pejam tika ditengah malam larut. Esok mungkin dengar khabarnya,. positifkan diri ! 

Tuesday, November 5, 2013

Ikhlaskah ???

Letak tanda soalan tiga ?? Masih teringat-ingat bilamana aku tgok rancangan HADIAH DARI SYURGA di TV9 tadi malam.. Yea satu ayat yang dilontarkan oleh Fahrin Ahmad aka pelakon dalam cerita tu lah kan. Terfikir, imbas balik ayat itu. "BUKANLAH IKHLAS KALAU MASIH SAKIT" adakah aku dh ikhlaskan marah aku, sakit aku tu,, betul atau tidak aku dah menerima sedangkan hati masih sakit. aku masih perlukan masa kah ? apa lagi cara aku perlu untuk buat hati aku ikhlas dan bayangkan semua ini cuma mimpi.. Nasihat dari seorang teman nie,, sahida jadikan Al-quran sebagai sahabat anda ! Terima Kasih kawan atas nasihat yang sungguh menenagkan ini. Ikhlas aku katakan  aku sayang kau kerana segala nasihat dan dorongan kau selalu dengan ayat ketenangan.. Biarlah masa yang memakan semua kenangan ini, kenangan yang perlu aku ikhlaskan supaya tiada lagi hati yang terus rasa sakit sedangkan yang satu lagi hirau pon tidak, ingat pon tidak. Dia sesaat mudah melupa, apa kau tunggu lagi untuk buat perkara sama. Perlu kosongkan hati yang sakit supaya dapat masukkan dengan data bahagia baru. Itu yang aku tunggu.. Usaha itu Perlu.. Lebih baik mencegah dari merawat.Insyallh,, Allah Sentiasa Membantu..