Friday, June 12, 2015

Kerana

Mungkin semalam ajar aku banyak perkara,
Tapi aku manusia biasa yang masih alpa,
Aku masih selalu ingat yang aku dalam liputan dosa,
Masih mencari masa apa aku harus buat seterusnya,
Kini sedar ajal maut hampir tiba,
Sungguh aku manusia durjana,
Cakap serupa tak sama dengan akhlaknya,
Aku mengaku KERANA aku lah hamba yang tidak mahu sedar akan silapnya..

Sudah terlalu banyak jalan nista,
Aku pejam mata berkata-kata,
Sampai masa nyawa akan ditarik bila bila,
Bawa aku kejalan nyata yang bahagia.